Beginila wa rasa diri wa. Fikiran negatif. Jangan jd mcm wa! |
Err, tapi jangan over beno yakin tu ;p |
Jadi, wa yang agak concern, cuba untuk membaik pulih keyakinan diri dengan selalu berfikiran terbuka. Mengambil segala aura positif yang ada di sekeliling wa.
1) Sentiasa menjaga penampilan
Chek habaq mai nohh. Kekeke. Kalau lu busuk, terang-terang orang tanak kawan dengan lu. Jadi jagalah penampilan diri dan kebersihan diri. Bila lu kelihatan segak, lu pasti akan yakin dengan diri lu. Jalan pun penuh gaya. Lu jangan buat selekeh der! Pastu, kalau pakai tu biar selesa. Jangan lu saiz XL, lu pakai baju saiz XS. Memang orang pandang lu macam ada JLO sebelah lu! Jangan macam-macam.
2) Sentiasa berfikiran terbuka/positif
Ini penting dalam kehidupan wei. Janganlah mulakan hari lu dengan fikir benda bukan-bukan. Ini akan mengakibatkan lu rasa diri ni 'loser'. Uish, Bahaya tu. So, elakkan berfikiran negatif. Nanti mulalah hilang mood bagai. Eleh!
3) Sentiasa ada matlamat harian
Haa, yang ni perlu ada pada setiap insan. Kerana dirimu begitu berharga. Wakakaka. Contohnya; sebelum lu masuk tidur, kira sebelum lu baca doa tidur laa. Lu list-kan perkara lu nak buat. Lu target nak buat apa. Kalau boleh aim target tu. Contoh, lu taknak makan nasi hari ni. So, lu jangan makan nasi. Ini sekaligus dapat membantu meningkatkan keyakinan diri!
4) Pandai memilih kawan
Wa pesan ni, pilih kawan biar yang positif. Janganlah berkawan dengan orang yang kerjanya nak menjatuhkan orang lain. Ini bahaya. Nanti tak memasal, lu hilang fokus der. Terus tak yakin diri. Sedangkan Rasullulah sendiri ada sahabat yang sentiasa menyokong Baginda. Begitu besar peranan sahabat itu sehingga ada dalam kalangan mereka di janjikan syurga. *Jadilah seorang kawan yang berhati mulia*
5) Sentiasa melihat sekeliling
Jangan salah paham maksud wa yang ni. Maksud wa. Bila lu rasa diri lu malang, ingatlah, pasti ada yang lebih malang dari lu. Bila lu rasa lu paling susah, renung diri lu, ada manusia lebih susah dari lu. Bila lu sering melihat sekeliling lu akan rasa yakin, yakin bahawa lu orang yang bertuah. Ini juga membantu lu meningkatkan keyakinan diri. Merefleksikan diri, memotivasikan diri. Lu akan rasa yakin. Bila lu rasa bersyukur, timbullah rasa yakin dan percaya akan semua yang ada pada lu! Yakin boleh!
Cukup la lima. Nanti lu pun penat nak baca. Ekekeke. Ni antara tips yang mungkin membantu lu menjadi yakin. Tapi ingat ya, jangan terlalu yakin. Keyakinan boleh memakan diri. Berhati-hatilah dalam setiap perbuatan kita. Jadi, wa yang kurang keyakinan diri ini, perlulah meningkatkan keyakinan diri agar lebih maju dalam kehidupan wa. Wassalam ;p
P/s: Ada yang over confident tu, rasa diri dah bagus sangat, rasa diri tu yang cun habis, rasa diri tu yang kacak habis, rasa diri tu yang paling bijok. Jangan begitu ye. Semua yang ada pada kita hanya pinjaman daripada Allah. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik. Sentiasalah bersyukur. InsyaAllah hidup akan sentiasa diberkati.
2 comments:
suka! nice entry
haha! TQ nuhara :D
Post a Comment