Tuesday, October 11, 2011

Semakin

Yeah. Hari Kokurikulum. Yelah, seronok sangat. Dahla terasa bahang-bahang nak demam. Jadi pulak pengacara majlis esok. Eh, ke sana- ke sini uruskan itu, ini. *Wooww, kau nampak kurus dah sekarang yan<--- menurut seorang kenalan rapatku. Adakah dia saja-saja being sarcastic? Kehkehkeh. Takdo makno den kuwus ehh. So, aku mengalami sakit perut. *Err, kenapa macam lari topik* Ok, aku rasa letih sebab selalu tido lewat (padan muka kau). Aku menjadi stress kerana keterlampauan busy <---tipunya kau ni, bole plak taip entry panjangpanjang. Boooo! Heh, -____-' Baik, baik. Aku busy sebab Khamis dah nak gerak Kuantan untuk Convocation on 15/10/11. Terlalu banyak nak di uruskan. Dengan urusan sekolahnya, dengan urusan murid-muridnya dengan urusan konvo-nya, dengan urusan peribadinya (ok, yang peribadi tu macam taklah sepatutnya tersenarai). Sudahlah, nanti banyak pula yang aku fikir. Kehkehkeh.
Makin difikirkan, makin cuak. Dahlah aku tak cukup ketinggian. Jubah?
Semuanya kerana busy yang terlalu jeles dengan aku! Masa, waktu, hari juga semakin menjauhi aku. Dan paling best, driver aku semakin terasa dengan aku. Hmm. Time aku busy lah nak ajk keluar. Time aku melanguk dok kira rambut gugur kat lantai, taknak pulak offer bawa keluar. Lu pikir la sendiri! Takpe laa. Lagipun Driver aku ada exam, dua hari berturut-turut. Dan paling frust-nya.. Semalam dia berjanji nak tengok bola sama-sama. Alih-alih call aku dengan penuh confident; "Yan, tiket dah bagi kat kawan noohh. Jangan marah. Dia mai dari Genting, tu pi bg dia tiket." Ok, kata-katanya yang buat aku macam &*%$#@! Aku cuba memahami 'bait-bait indah itu'. Lalu, "Takpa haih, kami bukan minat bola pun". (Padahal dalam hati dying nak tengok Safiq Rahim!) Kesimpulannya, kami tak jadi keluar bersama sebab dia lebih memilih untuk melepak dengan kawannya dari Genting itu. 'Trimas kawan Genting!'

Aku harap esok semuanya berjalan dengan lancar. Kesian anak murid aku dua hari kena tinggalkan. Apalah yang diorang buat nanti ye. HAHAHA. Jangan macam-macam sudahlah. So, harap juga Konvo kami berjalan dengan lancar. Amin.
Ye, hari kokurikulum laa yang paling aku tunggu -______-'
p/s: Selamat Maghrib semua. Solat-solat ya. Sudah-sudahlah mengutuk orang.. Hehehe! ^__^V

2 comments:

hanaahmad said...

selamat berkonvo ya cikgu! :)

IzyanWasli said...

Terima kasih :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...