Wednesday, April 25, 2012

Hilang Tak Berganti :')

Bulan Mei semakin menghampiri dan aku pasti terasa sayu. Lebih-lebih lagi apabila harijadi tinggal beberapa hari sahaja lagi. Paling perit bila aku terpaksa mendengar soalan seperti, "Dapat hadiah apa dari mak kau?" "Mak kau masak apa sempena harijadi kau?" "Mak kau tak bagi apa-apa ke? Ayah kau?"

Bukan tidak suka soalan berkaitan ibu. Cuma hati terasa pedih tatkala mendengar cerita tentang ibu. Aku bukan membenci ibuku, malah tidak juga di buang ibuku. Cuma aku kehilangan ibuku kerana Allah lebih mengasihi dia.

Benar, keperitan yang aku lalui mungkin sama seperti kamu yang sudah tidak punyai ibu seawal usia kanak-kanak lagi. Di kala kau hanya tahu bermain patung, di kala kau masih mahu tidur di bawah lengan ibumu, di kala kau masih mahu makanan dari tangan ibumu, di kala kau masih mahu mendengar suara ibumu yang merdu mendodoikanmu dan di kala kau mahu dia mendakapmu disaat ketakutan.

Lihat, pada awalnya aku rasa dunia ini cukup tidak adil. 'Menelan' ibuku masuk ke tanah lalu dibiarkan memakai hanya 'baju' putih membaluti ibuku. Aku marah! Cukup marah! Aku masih perlukan belai seorang ibu, aku masih perlukan kasih seorang ibu dan aku juga masih perlukan nasihat seorang ibu.

Kini, setelah hampir 16tahun pemergian ibu, aku masih rindukan dia. Masih terasa hangat dalam dakapannya. Masih terasa nyaman masakannya. Masih terasa empuk lengannya. Masih berbau wangi baju cuciannya dan masih terdengar suara merdunya menegur nakalku. Segalanya masih segar di ingatanku. Terus aku akan sematkan di kalbu. Di kalbuku, wahai ibuku.

Aku yakin, wajahku seiras ibuku :')

"Ibu, aku mahu kau tahu, aku di sini baik-baik sahaja. Datanglah menjemputku kelak bila tiba masaku pula. Aku akan sentiasa menunggu saat untuk kembali ke dakapanmu. Aku di sini akan sentiasa mengirimkan doa."

p/s: Nukilan ini khas buat Puan Norhayati Ramlee yang seikhlasnya aku kirimkan di sini agar dapat berkongsi rasa. Salam.

Tuesday, April 24, 2012

Jalan-jalan cari makan

As usual, bangun pagi aku menjadi suri rumah berjaya. Buat segala kerja berkaitan rumah. Oh, cuti ni terasa macam takde life pula. Then, suddenly a friend call ajak lepak makan. Memang tengah lapar, takkan aku tolak ajakkan orang.
Orang sebelah bawa kereta, aku sibuk possing
Rancang punya rancang nak makan mana, jadi buat keputusan nak makan western food. Siap dah tau kedai mana. Terus gerak. Eksaited habaq ang. Hahaha. Sampai je kedai tu, oh tidak, masih tutup. Western food mmg tak sesuai di hidang waktu tengah hari agaknya.

Kami membawa hati lara makan saja di mana-mana. Then diri terasa gedik nak try makan tempat tak pernah makan. Kami pun pergi makan di Jerry's Junction. Fabulous. Makan Roti John. Haa, ajaibnya, kami berdua je dalam kedai tu.
Roti John tau? Haha, padahal perut lapar
Lepas settle makan kat Jerry's Junction, kami nak makan desserts pula. Ekceli memang aktiviti makan je. Takde buat benda lain. Kami makan desserts kat Bintang sidewalk cafe. Hahaha. Niat hati nak mencari jodoh sekali. Malang bagi kami, tiada yang berkenan di hati. Woah, terus order makan.
ni haa desserts sangat. Haha. Sedaplah juga :)
Ni mcm bukan kategori dessert -__-'
Habis je aktiviti makan, kami mencari tempat untuk melepak. Malangnya macam taktau pergi mana. Maka kami buat aktiviti gila. Explore UiTM. Haha. Lalu tempat yang tak pernah pergi. Then singgah ambil gambar. Eloklah, orang cuti balik kampung. Kami time cuti pi masuk UiTM. Haha!
Tapak tinjau rusa. Asal boleh. Haha.
Terasa diri ini seperti seekor burung. Bebas terbang :O
p/s: Sampai rumah rasa nak termuntah. Ya Allah, syaiton sungguh makan ikut nafsu. Jadi kakak nasihat adik-adik jangan buat perangai macam ni. Terus padat perut T__T

Monday, April 23, 2012

Personality

Sejak-sejak ada assignment Psychology ni, aku kemain rajin mencari 'Personality Test' untuk di jawab. Malah aku cukup kagum kerana terbukti benar personality aku begitu. Itu yang tambah teruja! Haha.

Eh, kamu patut cuba buat ujian Personaliti supaya boleh membaiki diri. Mana yang buruk kita jadikan baik. Seperti yang aku dapat, menurut ujian Personaliti tu, aku ni seorang yang suka menangguh membuat sesuatu yang penting. <--- See, memang 100% betul punya!

Jadi, aku perlu berubah. Dari situ aku akan cuba membuat satu, dua cara supaya aku tahu menggunakan masa. Yay. Okay. So, korang pun pergilah buat. Mana tahu dapat membantu membaik pulih personaliti agar lebih menarik! :)

p/s: Rasa lega, dua assignment sudah settle. Yay!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...