Sunday, November 27, 2011

Si Penggoda

Aku Si Penggoda, 
yang takkan kecundang bermain mata
Aku 
Si Penggoda, 
yang takkan menyambut cinta
Aku 
Si Penggoda, 
yang takkan pernah menjadi setia
Aku 
Si Penggoda,
penuh helah serta tipu daya

Apa yang pasti
Detik lalu, aku manusia yang menagih simpati
Ingin diri selalu dicintai dan dihargai
Oleh seorang lelaki yang terlampau digilai

Kasihan, hadir lelaki itu hanya untuk mempermainkan
Dia berlalu tanpa menghiraukan
Rasa perit tetap sahaja di biarkan
Segala cinta terus di hindarkan!

Aku bangkit memudarkan warna yang lama
Menjadi baru yang lebih terang warnanya
Aku tidak lagi memberi bahagia
Lebih mahu kekal menjadi 
Si penggoda

Dari yang muda hingga beristeri dua
Akan kekal aku goda
Sehingga mereka rasa derita
Aku teguh mengukir nama 
Si penggoda
Seksi-kann i. Pleaselah, i memang Si Penggoda!
P/s: Sekali sekala buat puisi ni layan juga ye. Hahaha. Sekian. Jangan cilok ye. Kalau cilok, tolong kreditkan nama. Terima Kasih :)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...