Monday, November 28, 2011

Mencari Kekasih Halal

Pasti ramai yang kecewa dengan Perlawanan Bola Sepak Malaysia VS Bahrain kan? Heee, memang ramai yang menyedapkan hati tapi pada hakikatnya, kecewa jugakkan? Jangan tipu beta. Ekekeke. Esok headline apa ya? Harimau Muda masih kepenatan? Janganla begitu. Sampai bila nak penat and sampai bila nak pertahankan pemain. Nanti sampai bila-bila pun takkan sedar. Yang pasti jangan di kutuk, jangan dihina tapi teruslah menyokong. #SelamanyaHarimauMalaya :) Heh. Mungkin Ong Kim Swee sudah talakk ong maa. Kehkehkeh ^_^.  Apa-apapun terima kasih Bahrain mengajar kami erti jangan mudah berputus asa dan jangan terlalu yakin!
Walaupun mendahului 2-0. Akhirnya Malaysia dikalahkan dengan 2-3
Cukup dengan bola. Sepertinya sudah lari tajuk ye. HAHAHA. Ok, now. Aku nak cakap mengenai Kekasih halal atau lebih difahami sebagai hubungan yang sah iaitu sebagai suami dan isteri. Aku sering juga wondering. Siapa agaknya kekasih halal aku ye. Takkan Nazmi Faiz, beliau lebih muda (Lagipun dah berpunya). Ekeke. Takkan Mahali pula, pun lebih muda. Haaa, Safiq Rahim mungkin? Lalalala. Atau Jehan Miskin, pun boleh. <--Kuatnya berangan! Baik, kita takkan tahu siapa jodoh kita. Memang sudah tertulis siapa cuma kita tidak tahu. *Tapikan, bila fikir-fikir balik, hmm.. Macam mana kalau jodoh aku memang dengan Nazmi Faiz? Teeettt!*
Ini awek Nazmi Faiz? Ok, aku surrender. Cun sangat :)
So, guys. Cerita mengenai kekasih halal haruslah berkaitan dengan cinta. Right? Cinta ini banyak maksud, but then, korang faham sendirilah kan. Cuma yang dikhuatiri, bila kita menganggap cinta itu mudah. Dengar ya,

"Jangan bercinta seandainya kelak kau akan memainkan hati dan perasaan manusia. Jika kau berniat melukakan hatinya, kau tidak layak untuk bercinta".


Seriously, aku nasihat. Jangan anggap cinta tu datang dan pergi macam kau ulang alik pergi bilik ke jamban. First of all jangan rasa nak bercinta jika hanya:
Jangan Bercinta Jika:
1) Peneman ketika bosan.
Get it right. Kalau kau bercinta hanya sekadar nak mengisi masa bosan/lapang memang silap besar. Kau rasa just nak mesej, calling, memang salah bro. Lama-lama kau yang melatah tak tentu pasal rasa bosan. Then senang, putus sebab bosan. In the first place couple pun sebab nak cover bosan. Apa ke puiihh sangat kau ni?

2) Sekadar inginkan status.
Ada orang bercinta sebab rasa seronok ada status in relationship. Nak-nak lagi kat pesbuk tu haa. Kan seronok orang dok tengok kau 'in relationship' dengan siapa. *Elok sangat kalau setahun tukar, 2,3,4 kali status relationship tu, baru rasa hebatkan?* Bagi kau mungkin hebat. Tapi rasa malu dan sendiri fikirlah. Mungkin kau jenis tak peduli apa orang fikir? Hmm, susah hidup dalam masyarakat kalau macam tu ;) Jadi kalau rasa sekadar nak bermain dengan word 'in relationship' tu, hentikanlah hajat kau nak bercinta!

3) Mengisi kekosongan/Kesunyian.
Ni akak pesan ye joyah, bedah, ahmad, ali dan lain-lain. Don't you dare to say love if you felt lonely. Nanti kau akan rasa kesal. Memang sunyi, memang kosong tapi tolonglah made up ur mind betul-betul. Takmau lah bercinta sekejap, then nanti putus sebab ada orang lain masuk line. In the first place kau pilih dia sebab rasa sunyi, rasa kosong. Tolong jangan! Kau akan kecewakan orang *Peringatan untuk aku juga*

Haraplah korang jangan anggap cinta ini hanya sekadar ungkapan yang mudah di lontarkan. Fikir sedalam-dalamnya demi masa hadapan. Siapa kita pada hari ini akan mencerminkan diri kita pada masa hadapan. Aku cakap betul ni. Mungkin sesetengah orang rasa cinta tu hanya permainan tapi ingatlah cinta itu anugerah. Jika kita ikhlas memberi cinta, kita layak mendapat cinta. Maka akan terciptanya kekasih halal yang akan menjaga kau dunia dan akhirat. :) Namun, pastinya, cinta Akhbar itu melebihi segala cinta di muka buka bumi ini :) Cintai Allah, cintai diri, pasti kita akan di redhai. InsyaAllah.

p/s: Pelik juga macam mana orang boleh bercinta dan dengan mudah juga meninggalkan orang yang dia cinta. Then, tukar-tukar pasangan macam tukar channel TV. Amboi. Pastu hairannya, boleh bangga pula. Hmm. Renung-renungkan bersama ye. Tidak menunding jari pada sesiapa :)

3 comments:

GadisAntik said...

haha. aar la kak yan!kite ade instict yg same gitte. ;p
niceee.. ;D

ezzu said...

sedih jgak lh sebab bola kalah kn...igtkn dh boleh menang tp sempat plak bahrain pintas...hehehehe

setiap org ada kekasih halal masing2..tp kita kena usaha utk cari yg terbaik..hehehe

Cik tikah said...

setuju. jangan bercinta kalau x bersedia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...