Wednesday, January 11, 2012

Ada beza?

Apa beza diantara:
SUKA, MINAT, CINTA dan SAYANG?

"Chop, ada beza ke kak oii?"

Hmm. Yelah. Ada beza ke. Ish, mestilah berbeza. Kalau dilihat dari segi ejaan pun dah nampak bezakan? :p HAHAHA. Ok, aku tau. Lawak hambar!

Tapi serius, memang berbeza dan dengan perkataan di atas tu, banyak menimbulkan salah faham terutamanya berkenaan hati dan perasaan. Jeng jeng jeng!

Sila beri perhatian dan serius dalam keadaan seperti ini lebih-lebih lagi kalau kau seorang insan yang mudah perasan. Acah-acah insan yang suka syok sendiri laa ayat kasarnya. <--- Aku rasa dari awal memang kasar dah ayat kau. HAHAHA.

Contoh ayat SUKA:
1) Aku suka tengok Spongebob. Lawak Doh. Suka gila!
2) Aku suka makan nasi Ayam dengan ayam. Eh?
3) Aku suka tengok muka Ayu Raudhah Izyan. Lembut je, ayu gittew.
4) Aku suka kau! <--- Perkataan seperti ini akan membuatkan orang teruja terutamanya perempuan.

Ok girls. Listen, kalau lelaki cakap dia suka kau, tak bermaksud dia mahukan kau. Come on. Wake up. Suka? Eleh, kalau gitu, aku sukalah kat Jehan Miskin- Doesn't mean that I want him to be someone special in my life. Got it? So, aku nasihat, jangan mudah teruja selagi dia belum menggunakan appropriate words to express feelings! :) Senang cakap, kalau org suka kat kau bukan bermakna dia nak kau! :D


Contoh ayat MINAT:
1) Aku minat kat Amy Mastura. Dari dulu lagi!
2) Aku minat jugak nak main hoki tapi tak reti.
3) Aku minat kumpul jam tangan. Lantoklah RM10 pun.
4) Aku minat kat kau! <--- Lagi sekali ayat kasi hati goyah.

Selalunya perkataan minat ni sesuai dengan hobi lahh. Kan macam, minat memancing, minat mengumpul setem dan sebagainya. Errr.. Jadi, kalau someone bagitau dia minat kat ang, jangan dok buat kalut ngat haih. Ang relek ja situ. Macam akulah, aku minat Amy Mastura, takkan lah bermaksud aku nak dengan Amy? Gila ke apa? Bini org tu. Even bini orang pun, dia perempuan wei. Jangan buat gila! So, kau kena faham konsep perkataan itu. Jangan mudah teruja! ;D


Contoh ayat CINTA:
1) Aku bercinta nak bangun pagi ni!
2) Aku cintakan kau!

Baik. Bila someone lafazkan perkataan seperti Aku cintakan kau! Kau perlu teruja. Sungguh ni. Serius. Jangan pula kau jawab, "Eleh, memanglah kau cintakan aku, sebab tu kita berkawan". <--- Eh, alaaa, bodoh apa kau ni. Kalau dah cinta, of course more than friends. So, kau faham tak. Yang ni kau boleh perasan. Boleh cerita kat sanak saudara, kawan-kawan yang ada mamat cintakan kau. :) Yang ni aku tak bohong punya. Kau boleh menaruh harapan bila ada orang cakap macam ni ;D

Bagi perkataan sayang sebenarnya tak banyak beza dengan cinta. Tapi kalau kawan kata sayang kat ang tu, lain cerita laa noh. Cuma aku nak bagi contoh ayat yang sama maksudlah:

"Aku cinta dan sayang sangat dengan mak abah dan adik beradik yang lain!"

Tapi kalau kawan-kawan lelaki mahupun perempuan dok kata sayang kat ang, benda ni normal. Jangan dok kata 5 orang kawan laki habaq kat ang, sayang. Ang bantai kata depa nak kat ang. Dok kalut tatau pilih mana. Jah oi, ni akak pesan, dia dok habaq mai, sayang ja pun.. Bukan nak kahwin ngan ang ;)

Harap semua faham dengan situasi cerita yang aku cuba sampaikan. Bukan apa, ada sesetengah orang ni mudah teruja, mudah perasan. So, kalau boleh, jelas pada diri bahawasanya segala ayat adalah berbeza mengikut kefahaman dan situasi. HAHAHA. Sekian. Salam.

p/s: Ada kawan seorang ni, suka sangat cakap ada 5, 6, 7 orang mamat suka kat dia, kata minatlah bebagai. Err, memanglah. Kata pun kau kuat melayan. Siapa tak suka kan? Pepandailah fikir, masing-masing dah besar :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...