Friday, January 6, 2012

Rendah VS Tinggi

Ini serius. Semakin hari semakin risau dengan ketinggian. Maksud aku ketinggian badan. Bukan ketinggian akhlak, budi pekerti, adab sopan dan bla, bla, blaa..

Aku selalu juga kena relief kelas darjah 5, 6 tapi one day aku realize something. Kenapa budak-budak sekarang ni badan boleh tahan juga tinggi-tinggi.

"Cikgu, izinkan saya ke tandas" 

Ya, kebetulan aku tengah berdiri. Budak ni darjah 5. Ok, agak malu, bila aku rasa dia tinggi. Haih. Lain kali duduk je lah kalau dalam kelas. Takmau berdiri.
Haa, begini la lebih kurang. Aku kiri, budak tu kanan :p
Berbekalkan ketinggian 149cm.. Eh, ye ke.. Oh, angka itu berdasarkan pasport yang dibuat tahun lepas. Eh, anyway, ada peningkatan sebab before ni dalam pasport lama, hanya 148cm. <--- Pencapaian yang tidak membanggakan. Ok, fine :|

Aiyokk! Memang rendah. Hahaha. So, sepanjang aku berkawan, aku rasa tak pernah lagi jumpa orang lebih rendah dari aku tapi hampir sama tinggi adalah. Woah. Ini ajaib <--- Ayat sedap hati. :p
Eh, acane dia tauu. Gini laa aku rasa ;p
Kadang-kadang ada juga berhajat nak jadi tinggi. I mean tinggi semulajadi. Bukan dengan high heels or so whatever. Hmm. Tapi aku sangat bersyukur. Sekurang-kurangnya aku masih ada ketinggian. Kan, kan, kan. Tak gitu? :p

Hahaha. Korang jangan ejek2 aku si pendek pulak. Haaaa.. Malu! Tapi lelaki memang tinggi-tinggi ye. Aku rasa bila berdiri dengan diorang, kena mendongak Langit haaa. Macam di bawah ni contoh terbaik.

Tapi.. Aku rasa diorang ni yang tinggi sangat kan.. Ish. Ce jangan tinggi sangat.
Takpun.. Kalau tau tinggi tu, pepandaila bwk diri. Rendahkan diri sikit bila bersama org yang rendah. Reti-retilah ye. Haaa. Tak de laa yang rendah tu terasa sangat. Contohnya macam ni :p
Pandai Si syue bwk diri. Melentokkan kepala kat aku :p
Haaa. Paling takpun.. Kau pepandai lah jaga hati kawan yang rendah agar dia tak rasa kekurangan diri. Bhahaha. Contoh aku bagi lagi. Macam kat bawah ni :D
Haa, Bagus. Takla rasa rendah sangat!
Cukuplah contoh aku bagi tu ye. Hahaha. Anyway, aku still teringin nak jadi tinggi. Sobb.. Sobbb. <--- Gedik sial. Sekian.

p/s: Aku bersyukur kerana masih mempunyai ketinggian. Alhamdulillah. Tidak mempertikaikan mahupun mempersoalkan malah rasa diri istimewa :p Hanya luahan semata-mata ;)

1 comment:

Cik tikah said...

cik tikah pun pendek gak. 152cm je. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...