Friday, December 3, 2010

Penamat!

Selesai menjawab Final dengan 'jayanya'. Fuhh.. (Gaya ala-ala Awal Ashaari). Yes, once again. Aku tak yakin dengan Papers kali ini. Semua susah! Tahniah kepada Lecturers Kesayangan saya kerana berjaya mencipta kesukaran yang teramat sangat. Mungkin lebih 'ramai' pelajar Jurusan Kewartawanan yang akan mendapat DEKAN semestar ini. Ohh, malas nak fikir. Dalam kepala otak hanya fikir, tak sabar nak dapatkan scroll Diploma. Yeahhhaaa!

Seperti biasa, rutin di rumah adalah makan, tidur, menonton TV, siram pokok bunga, lipat baju, sidai baju, online, lepak luar rumah, sapu halaman rumah (aku suka part yang ni sebab tengok jiran tetangga dan ramai jugak yang kacak ya!), dan lagi satu aku jadi bibik yang hebat mengendalikan kerja-kerja rumah. Bosan jugak rasanya tapi bila nak lepak macam tak cukup wang ringgit. Haih, biasalah, aku bukannya ada teman lelaki yang kaya raya. Kalau tak, boleh support semua. (Err, jangankan pakwe kaya, memang takde pakwe). Like, so?

Nyah, Bayangkan Mak gemok macam ni. Kiutnya!
Harian Metro: Ahad; 15 Ogos 2010

Jadinya aku terus-terusan di rumah membesarkan badan aku supaya senang nak masuk the biggest Loser Asia. Mana tau jumpa Jehan Miskin pulak. Macam cool je join Who's The Biggest Loser Asia tu! Wow, gerenti aku kurus dan kemudian gemuk balik 2 kali ganda . Yay, tunggulah aku join benda tu. Tak payah kejadah London Weight Management semua! HAHAHAHA.

Yay, nanti masuk program ni boleh jumpa Jehan Miskin!

Baik, itu sahaja. Nanti semakin aku merepek. Eh, before that, aku ada berkenan satu iklan kat TV ni, iklan kahak gemuk warna hijau yang jahat! Kiut!

P/s: Aku masih sukakan kau walaupun aku pretend macam tak berapa suka kau dah. Tapi dalam hati , hanya aku yang rasa cuma aku taknak melayan jiwa nanti terbawa-bawa ke hati. So, just stay cool. Act cool and keep on cooling! Tetiba.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...