Sunday, August 21, 2011

Over ye?

Apa yang menyebabkan seorang wanita itu kelihatan over? Oh, mungkin sebab dia over cantik dari kau, sebab dia over baik dari kau atau sebab dia over maju dari kau? Teeeeetttt! Hahahahaha. Semua tu salah ye. Sebab aku taklah over sampai nak jeles ni *Koyaaa laa muu, macam good-good je!*. Kehkehkeh. So apa yang membuatkan perempuan itu kelihatan over? Lalalalala, meh.. nak bagitau Cik Kiah ni. *Psssttt, sebenarnya... Ngeee. tengoklah bawah ni...*

WANITA AKAN KELIHATAN OVER JIKA:


1) MENGGUNAKAN MAKE UP TEBAL
Bluuppp. Kenyang ye makan make up? Ekekekek. Ni lah nak pesan. Kak Long, janganlah pakai make up tebal sangat haih. Berat rasa mata ni memandang. Bak kata pepatah, 'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'. Wakkakak. Memanglah Kak Long nampak cantik bebenor dengan lipstick merah menyala, bulu mata dok lekat guna gam gajah. Tak dinafikan, sungguh cantik! Tapi Kak, ginilah ye, bila akak dok pakai make up tebal kat Malaysia yang 'bersalji' ni, memang make up senang cair. Ahahaha. Tudiaaa. Time siap kat rumah memang lawa, dah sejam, dua berjalan, mau jadi macam Kak Limah tu! Senang cerita macam ni lah, kak make up sikit-sikit je, nanti nak solat pun senang. Senanglah nak menanggalkan kotoran degil tu. Kuikuikui. Tolong ye kak. Melainkan kalau akak ni model ke. Tu takpelah ye. Jangan sampai pegi pasar malam pun akak tibai pakai bulu mata palsu tu. Adeh, siap maskara<---- *yang buat bulu mata melentik. Apa dia haram semua tatau. Konon*. Hahahaha.

2) MEMAKAI KASUT TUMIT TINGGI
Cenggini lah kak. Kalau akak nak pakai kasut tumit tinggi, bawak-bawak lah practice dulu. Idakkk le teman ni mendengki. Tapi ce akak bayangkan, akak pakai kasut tinggi, tiba-tiba jatuh tersembam. Meme ar sedap. Hahahahah. Kalau agak-agak tak pandai nak imbang tu, toksah le pakai. Boleh memang boleh, tapi kalau betul nak pakai tu, pastikan stabil. Tak ke boipren akak tu takut kang. Takut akak jatuh, takut akak terseliuh. Takut akak tendang dia ke. Banyak risikonya. Haaa, lelaki tengok pun dok gabra, "Minah ni ok dakk? Macam tak stabil je nengok ni!" Adoii, nak pulop kebetulan time tu memang nak jatuh. Perghh, macam padanlah muka kauu! Kahkahkahakah. So, akak just simple, mimple, pimple je ye. Tapi jangan dok kebas selipar jamban/ selipar jepun Tok imam kat masjid tu pulak. Adoi. -_-'

3) MENGGAYAKAN CERMIN MATA BESAR
Hukaloh wei. Yang ni memang aku mengaku, aku ada gak pakai ni. Kehkehkeh. Terasa hot laaa konon bila aku pakai. *Padahal, tak hot pun, perasan lebih!* Sebenarnya lah kak, ikut jugak pada kesesuaian muka lahh. Kalau terasa cantik tu, rembat je, pakai. Macam aku lah tuu. Wakakakaka! Tulah yang membuatkan wanita nampak over, nak-nak pulak yang cermin mata memang besar nak mampos (Bingkai ada, cermin takde) Errr.. Kahkahkahh. Kalau boleh, janganlah besar sangat. Sampai terasa susah nak berkomunikasi dengan memandang wajah kau sebab rasa nak cabut cermin mata kau, lagi dahsyat, ikut hati, nak pijak-pijak cermin mata kau bagi patah. Ahahaha. *Sukati aku je*

4) TERLALU SEKSI 
Haa, seksi sangat pun tak bagus. Eh, sebenarnya.... Hmmm, jangan seksilah. <---Errr, aku sebenarnya perlu mengaku, aku seksi juga. Sila muntah. Ekekekeke. Beginilah ye, bila terlalu seksi, seorang wanita itu kelihatan murah. Mahukah anda, kelihatan murah? Mahu? *Cewahh, gelabah lagi!* Bila dah over seksi ni, macam-macam orang fikir. Ni pakai baju sampai nampak kopek bagai. Segala alur atas, bawah nampak. Aisehhmenn. Segala lorong-lorong gelap nak tunjuk. Kakahkah. Janganlah macam tu kak. Sopan-sopanlah sikit. Hargailah diri sendiri kerana dirimu begitu berharga. Hekhekhek! Siapa lagi nak hargai diri kita kalau bukan kita sendiri. *Ayat kalau boleh nak bagi orang telan panadol satu papan baru paham* Bhahahahah! *Pstttt, takleh laa letak gambar. Huahuahua!

Jadi kakak-kakak, terpulanglah ye kepada anda. Kalau agak-agak nak over tu, sila-silalah ye. Wakkakakaka. Tapi kalau nak kelihatan normal, macam aku, tolonglah bersikap normal. *Sila muntah sebab aku tipu. Memang aku tak normal. Tak caya tanya Jehan Miskin, boipren lama aku. Muahahahaha!

P/s: Aku ada cermin mata besar ala-ala datin gituww. Hahaha. Uolllss jangan cemburu. Ekekekek. Jeles letewww!

Kthanxbai!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...