Aku selalu dengar cerita kawan-kawan putus cinta. Betapa peritnya, betapa kesalnya, betapa sedihnya. Macam-macam betapa lahh. Siap ada yang kurung diri dalam bilik, taknak keluar<---- Tahap poyo nak mampus dah ni. Ah, chill sudah. Putus cinta je. Simpanlah air mata korang tu untuk sesuatu yang lebih berguna ye. Hidup ni banyak pancaroba. Kalau setakat cinta, janganlah terlalu difikirkan. Itulah, jangan cinta mati. Ngehh. So, bila dah putus cinta tu, kenalah menyedar diri, 'dia bukan tercipta untukmu'. Apa? Tak dengar? Aku sekeh kau kang! Dah memang Jehan Miskin tu bukan tercipta untuk kau, Yan! Kawan, kawan jangalah stress bila ditinggalkan atau meninggalkan. Err, yang meninggalkan tu macam taklah stress sangat. Hahaha. Tapi tak tahulah, mungkin sepanjang menjalin hubungan dengan korang, dia stress! Geeee~ Marilah kawan-kawan, aku bagi sedikit tips ni, supaya tidak bersedih setelah di tinggalkan. Yelah dik, akak ni banyak pengalaman. Jehan Miskin tinggalkan akak, Fahrin Ahmad pun, Kamal Adli sama jugak, paling dahsyat, Safiq Rahim siap bagi akak kad merah dik oi!
1) Lupakan segalanya tentang dia
Haa, tu gambar tu. Tak payahlah kau meroyan belek-belek gambar dia hari-hari, segala barang/hadiah dia pernah bagi kau kumpul. Bersihkan semua ruang yang ada kenangan dengan dia. Kalau dia pernah bagi kau bear, kau gunting-gunting bear tu. Janganlah kau sepahkan bilik pulak! Bersihkan semua. Kau simpan setempat. Habis kau kumpul, kau buang jauh-jauh. Senang, bakar je lah. Haish, takpun, kau pergilah buat amal jariah, sedekah barang-barang tu kat orang yang kau tak kenal. Jangan kau bagi kat orang sekeliling. Lagi lah nak menangis tengok orang tu guna pulak. Pastikan ye, semua telah dihapuskan. Sambil-sambil kau hapuskan tu takpayah lah otak tu ligat mengenang kenangan terindah. Lagipun, dia dah buat keputusan untuk tinggalkan kau. Faham ye.
2) Make yourself active<---Omputih, bunyik sedap je ni :D
Elok sangatlah tu.
3) Luangkan lebih masa dengan keluarga
Kalau dulu, kononnya, kau kena bahagikan masa. Tapi sekarang tak payah nak bahagikan masa. Sebab kau memang ada family je. Hahaha. Kalau sebelum ni, kau tak pernah tolong mak kau menjahit, kau ringan-ringankanlah tangan kau, tolonglah
4) Buka diri, beri ruang untuk kenal orang lain
Masa bercinta kau setia lah konon kan. Tak nak kenal dengan mana-mana lelaki. Sekarang kau dah single. Buka diri kau; maksudnya bagi orang kenal dengan kau. Yang mana dulu-dulu nak kenal dengan kau, kau try approach. Ni maksudnya bukan flirt ye. Maksud aku, berkawan dengan orang lain jugak. Jangan rasa diri tu nothing. Kau kenal-kenal dengan orang. So, at the same time, kau dapat ramai jugak kawan. Dari banyak kawan tu akan ada teman. Dari teman menjadi cinta, berjanji untuk setia<----Ini lagu NajwaLatif; CartaHati. So, kau takkan rasa sunyi. Kau takkan rasa dikhianati. *apa pulak ni dikhianati tipah oi!
5) Buat perubahan
Dalam-dalam kau sedih tu, ce try buat perubahan. Cari mana silapnya. Mungkin kau kena perbaiki diri. Mahu dari segi luaran ataupun dalaman. Kau cantikan diri, hiasi peribadi. InsyaAllah kau akan tenang. Jangan hanya mengenang kisah lalu, kau abaikan semua. Ingat tanggungjawab, perjalanan masih jauh, nak pulak kalau kau baru 20-an. Aloh! Berubahlah ke arah kebaikkan. Mungkin dari situ, akan kau bertemu jodoh dengan yang lebih baik dan jodoh itu mungkin yang benar-benar tertulis untuk kau. Doa banyak-banyak. Itu yang penting. Buatlah perubahan yang membawa kebaikan.
Haa, ni Khairul Fahmi dah single. Pegilah ngorat! Tak pun si Ally tu. Who is Ally? Alahh, kau ni. Ally Is-kandar! Hahahaha. Si Kilafairy anak Rohana Jalil tu pun ada. Kelasss uollss!
Dia buat dah aksi dia. Auuumm! -Khairul Fahmi |
No comments:
Post a Comment