Saturday, August 13, 2011

Wanita-wanita tercantik di Dunia

Lahir sebagai seorang yang cantik jelita memang menjadi idaman setiap wanita. (Eleh, ye dop). Ekekek. Namun begitu, sejauh mana kita faham akan konteks cantik itu? Bagaimana kita mendefinisikan cantik? Manusia sendiri mempunyai pandangan mata yang berbeza. Mungkin ada yang melihat cantik pada zahirnya, mungkin ada juga yang mengatakan cantik itu perlu pada dalamannya, maka akan lahirlah satu kecantikkan yang sempurna.

Sejauh manakah kebenaran ini? Terbukti, manusia gemar melihatkan sesuatu yang cantik, indah dan menawan. Sukar untuk di katakan pada zaman ini, manusia akan menyelami jiwa seseorang dan mencari maksud cantik tersebut. Ada benarnya. Malah, secara jujur, aku juga begitu. (Walawei, ayat aku ni dah macam sangatlah sukar di fahami)

Tiada salahnya kan kalau kita suka akan kecantikkan. Terutamanya lelaki, memang suka melihat wanita cantik. Tapi ingatlah:


"Kecantikan seseorang itu dilihat bukanlah dari pakaian dan perhiasan, tetapi kecantikan itu ialah kecantikan ilmu dan adab"
________________________________________________________________________
Begitulah ye. Tapi aku sebenarnya nak cakap pasal cantik ni.. Err. Ni cerita lain ye.*Punya panjang entry kau. Bebel apa benda*. Kau mesti nak tau jugakkan antara wanita tercantik di dunia ni. Eleh. Konon. kekekek. So, kat bawah ni ada senarai wanita-wanita tercantik di dunia (Versi AskMen.com). Bagi enam cukuplah ye. Kang banyak sangat, sampai subuh esok pagi pun kau tak habis scroll down ! Eheheeh.

1) Emmanuelle Chriqui
Seorang pelakon siri TV; The OC dan Entourage. Dia juga pernah membintangi filem You don't mess with Zohan, Cadillac Records dan 13 and Georgia.

2) Marissa Miller
Wanita cantik ini merupakan seorang model Amerika untuk pakaian renang dan lingerie <---Seksi tau uollsss! Miller juga merupakan salah seorang model Victoria's Secret Angel.

3) Kate Beckinsale
Actress cantik ini merpakan bintang filem Pearl Harbor. Selain itu, dia juga berlakon dalam filem Van Helsing(2004) dan Underworld(2003). Kate pernah mendapat penghargaan daripada MTV Movie Awards. Rambut panjangnya dan mata hazelnya berjaya menambat hati kaum Adam.

4) Alessandra Ambrosio
Seorang model seksi yang berasal daripada Brazil. dia juga merupakan model Victoria's Secret Angel. Selain itu, dia pernah menjadi Duta National Multiple Sclerosis Society.

5) Jessica Alba
Nama sebenar pelakon wanita ini ialah Jessica Marie Alba dan seorang berketurunan Latin. Alba mula menjadi pelakon pada tahun 1994. Dia telah membintangi beberapa filem antaranya, Good Luck Chuck, Dark Angels dan Idle Hands.

6) IzyanWasli
Cantik seperti namanya. Izyan juga dikenali sebagai Yan dan merupakan penganggur terhebat abad ini. Dia seorang wanita cantik yang berjaya menambat hati kucing-kucing jirannya kerana gemar memberi makan kepada kucing- kucing tersebut. Dia juga sangat rajin melakukan aktiviti harian rumah seperti mencuci pakaian, menyapu dan melipat kain baju. Di sebabkan ketangkasannya, dia di senaraikan hitamkan antara wanita tercantik di dunia! Hebat bukan?!

Huahuahua! Hang percaya hang bodoh!<----- Yang ke-6 tu memang taklaa.. kahkahkah! Perasan jap. Aisehh. Biarlahh. Cantik tau uollsss.

P/s: Aku try cari gambar yang tak seksi, malangnya sangat susah. Jangan tengok banyak kali ye gambar-gambar atas tu. Ekekekek!

Kthanxbai!

7 comments:

biela bell said...

fitrah manusia suka pada kecantikan asal tidak melanggar batas2 dalam Islam..hehehe..

tgOk gmbar yg atas2 tu hampit terjojol biji mata tapi bila tgOk last skali..mata sejuk skit. ;)

IzyanWasli said...

Hehehe! Thanks Cik Bell sudi baca :) Tengok Cik Bell pun, sejuk mata ni :)

bukanretis said...

mane gambo yg no 7?gambo aku?haha :)

'rudy Tensai' said...

hahahahaha aku suda agak ni bakal terjadi...ahha disable blog puji diri konon die pn sama... =)

Unknown said...

haha..style laa entri nie .. like like like .. /thumb

GadisAntik said...

haha. teranjat boboi tgk yg last tu. ;p

nuhara said...

hahahahhaha gile comel punye ayat hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...