Sekolah yang bertuah mendapat aku, *Ok, sila muntah* merupakan sebuah sekolah di sekitar Shah Alam! Dengan gagah dan beraninya aku masuk kelas hari ini. Menunjukkan kewibawaan seorang guru. Melantangkan suara memenuhi ruang. Membesarkan mata melihat segenap isi ruang! <---Pehal, kau ni minah. Adoiyai! Over tau! Ekekekeke. So far so good. Subjek yang aku ajar boleh tahan susahnya. *Tolong jangan poyo!* Aku di beri kepercayaan untuk mengajar subjek Bahasa Malaysia Tahun 1&2 serta Pendidikan Seni Tahun 1&2. Hukaloh wei, aku memang seorang yang creative dan innovative. (Rosaknya bahasa bila kau campur melayu+ English!)
Jadual persendirian yang memang aku nampak BM je pon nye adoii. |
Iman: Cikgu, kenapa cikgu gemuk??
Aku: ........... *()%#^@& <--- Dalam hati. *muka merah padam tahan diri dari memaki*
Jamuan raya sampai tak lalu nak makan. HAHAHAHA! The best part is, bila anak murid aku pakai baju raya yang memang bergaya. Kalah tau cikgu! Ada satu anak murid aku pakai macam nak kahwin! Ngancam uollss! Kehkehkeh. Bangga tau. Nama dia Fahmi. Ok, takde kena mengena dengan Khairul Fahmi Che Mat ye. Gegeh!
Tudia Fahmi. Siap nak naik pelamin dah. HAHAHA. |
Antara murid-murid aku yang gila kamera macam aku. Pffftt~ |
Okay guys. Banyak lagi yang menanti ni. Akan ada banyak cerita yang berkisar dengan kehidupan di Sekolah ye. Yeahh. Aku masih baru. Masih segar. Banyak lagi yang aku perlu belajar.
P/s: Ya Allah, Tabahkan hati aku, kuatkan iman aku, hindarkan aku dari kemarahan agar segala ilmu yang aku kongsikan akan menjadi berkat. Harap anak-anak murid aku sayang aku dan takkan pernah lupakan aku pabila mereka berjaya kelak! Amin.
No comments:
Post a Comment