Friday, October 28, 2011

Kemurungan Boleh Mengundang Imaginasi Melampau

Pernah tak kalian punyai teman, kawan, sahabat, saudara, keluarga yang mengalami kemurungan? Secara terus terangnya, aku ada kenalan yang mengalami kemurungan. Walaupun dia tak bagitau tapi secara dasarnya, aku boleh nampak daripada dia bergerak, bertindak dan bercakap serta bercerita. Nampak beno dia sedang murung tapi cuba untuk menyembunyikannya.

Kalau murung, elakkan daripada duduk sorang2
Apabila kita murung, kita akan cuba untuk menunjukkan bahawa kita gembira. Ini sekaligus akan menyebabkan kepura-puraan dalam hidup. Kemungkinan besar, kita akan mula berimaginasi sesuatu yang membahagiakan hidup padahal semua itu tidak berlaku. Bahayakan? Memang bahaya kerana kita takut, orang yang murung akan mula membuat cerita yang bukan-bukan dan mengganggu keadaan mental yang sememangnya tidak stabil! Hmmm, lahai labu.. Janganlah begitu.

Selalunya kemurungan berlaku kerana:
1) Merasakan dirinya seorang yang gagal
2) Putus cinta
3) Menganggap dirinya bodoh
4) Merasakan dia tiada apa-apa
5) Sering berfikiran negatif

Kebiasaannya orang yang mengalami kemurungan akan mula bertindak seperti dia tidak mempunyai masalah dan selalu mengatakan dia OK. Jadinya, segala rasa yang terpendam menyebabkan dia mula membuat sesuatu di luar jangkaan <--- Tak tercapai akalku! Nasihat aku, jika mengalami kemurungan:

1) Luahkan.
Jika kau murung dan terasa banyak masalah yang tak boleh handle, tolonglah luahkan. Jangan simpan. Luahkan kepada sesiapa sahaja yang boleh dipercayai. Mereka pasti mendengar dan sekurung-kurangnya kau akan rasa lega. Di samping itu, kau mintalah khidmat nasihat apa yang perlu di buat. Jangan bertindak sendiri. Takut nanti, tersalah langkah sebab keadaan mental serta emosi kau masih belum stabil. Nanti kalau kau bertindak sendiri takut kau timbulkan cerita yang bukan-bukan pula.

2) Menerima diri seadanya.
Janganlah buat sesuatu yang kau tak mampu. Allah sendiri menciptakan umatnya dengan serba kekurangan dan kelebihan. Mungkin si Amy lebih daripada Si Lala. Begitulah seterusnya. Jangan rasa diri itu tak ada apa-apa. Bersyukurlah. Orang yang dapat menerima diri seadanya menunjukkan bahawa dia seorang yang bersyukur dan tahu menghargai diri.

3) Bersenam/ Sertai aktiviti.
Kalau boleh ce amik sedikit masa menghirup udara segar. Bersenam. Pi buat menanam pokok pun takpe kan. Janganlah kau dok ngadap lappy, dok ngadap TV. Ni sat gi, tengok-tengok dok melayan cerita sadis. Dah lagi satu hal. Habis kau bantai tisu dapur! Janganlah begitu ye. Buatlah sesuatu yang boleh menenangkan diri. Hang pi buat payung terjun noh <---Tetiba!

4) Dekatkan diri dengan Allah.
Pasti kau akan rasa tenang. Allah maha mendengar. Kau mengadullah segala-galanya pada Dia. Pasti Dia akan membantu. Berdoalah. Jika kau dekatkan diri dengan Allah pasti kau takkan rasa murung, takkan rasa sunyi walau pada hakikatnya kau bersendirian. Namun, Allah akan sentiasa ada. "La Tahzan Innallaha Ma'ana"

Jadi, aku harap sangat agar orang di sekeliling aku elakkan diri daripada bermurung. Jangalah mengundang diri menghadapi penyakit. Sentiasa redha dengan apa yang terjadi. Jangalah membuat cerita hanya untuk menutup kecatatan diri kerana di mata Allah, semua umatnya hanyalah sama. Allah tidak akan pernah membezakan umatnya. Jangan malu dengan kekurangan diri. Jangan bangga dengan kelebihan diri. Kawan-kawan, jika ada sesuatu yang buruk berlaku dalam hidup, sentiasa fikir akan hikmahnya kelak, janganlah hidup dengan penuh kepura-puraan. InsyaAllah hidup akan sentiasa diberkati.

Ingatlah, segala yang kita lakukan itu mampu mengundang penyesalan

p/s: Jangan suka mereka cerita keadaan yang tidak wujud dalam kehidupan kerana segala tindak tanduk dalam hidup kita; yang salah pasti akan kita kesali. Fikir dahulu sebelum melakukan apa-apa. Lebih-lebih lagi jika keadaan emosi dan mental tidak stabil. Salam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...