Tuesday, November 29, 2011

Manusia cepat Melatah

Harimau Muda malukan negara, tewas 2-3 kepada Bahrain
Pasti semua sudah tahu mengenai Tajuk akhbar Kosmo yang begitu hangat di debatkan. Serius. Malah di Twitter, dah jadi TREND. Homaigod. Besarnya silap KOSMO ye. Sebenarnya begini. Manusia cepat melatah. Bagi api sikit, membara bukan main. Bila baca Headline 'Harimau Muda memalukan Negara'. Semua naik angin. Mana taknya, Harimau Muda dah main sehabis baik, bersungguh-sungguh cuma rezeki itu bukan pada kita. Benar? Tapi yang nak dibincangkan adalah mengenai HEADLINE KOSMO. (Sebenarnya, it's not a headline kot. Haish, apa tah nama atas-atas gituww. Dlm otak dok igt teaser je :p) Konpius sebenarnya :p

Kikiki. Sempoi. Ni ada juga betulnya :)
Ni jenis2 aku, cepat beno melatah
Yang ni pun betul ni. Ce Crew KOSMO main. :p
Pendapat aku, <---- Ulang ni, Pendapat aku, begini. Manusia yang membaca haruslah membaca sehingga habis. Serius, headline memang tak boleh pakai. Kalau boleh luang masa baca headline, then perenggan satu. Baru kita boleh buat spekulasi. Jangan cepat sangat melatah. Sila baca artikel KOSMO. Aku memihak KOSMO? Salah. Tidak juga. Cumanya bila dah baca ramai yang condemn Kosmo, especially wartawan kosmo, rasa macam sedikit terkilan kerana aku merupakan bekas pelajar kewartawanan. Memang salah EDITOR, Salah SUB-EDITOR, Salah wartawan, Salah photographer, Kalau boleh aku nak salah kan semua. (Walaupun sebenarnya bukan wartawan buat Headline ;p) Ada berpuluh mata tapi satu pun tak nampak ayat yang memang akan menyinggung sesetengah pihak. Ini dikatakan tidak peka dengan sensitivity rakyat. Cukup? Baik, nak di ikutkan, memang salah kalau KOSMO rasa headline sebegitu akan menarik pembaca. Aku baca pun terus marah <--- See, aku pun melatahh! Mana taknya, aku sokong Malaysia tau? Huhu, semangat rakyat Malaysia ni harus di puji. :)
Fakri pun menunjukkan respon kurang berpuas hati dengan KOSMO
Bayangkan kalau aku skuad Harimau Muda yang bermain pada malam itu, baca KOSMO. Bhai, terguris hati tau. Penat main. Ce, kau pi main. Silap-silap bola ke mana, kasut ke mana, mata ke mana, tangan ke mana. Meraba bola, meraba pengadil, meraba pemain<---Kata pun Buta bola. Hakikatnya HEADLINE sangat memainkan peranan besar. Walau isi kandungannya memang tak condem langsung corak permainan tetapi hanya satu laporan lengkap mengenai perlawanan tersebut. Tetap juga orang kata BOIKOT KOSMO. Walhal sudah terang lagi bersuluh, artikel lengkap hanya menceritakan berkaitan perlawanan. Kan? Kau nampak, hebatnya penangan HEADLINE. (hakikatnya aku masih konpius, headline ke bukan. Ekekek. FAIL!) Down, down, down.

yang ni bukan Headline ye. Ni status bergurau senda. Jangan pula ada yg boikot aku nnt :p
Jadi, kita manusia memang sering membuat kesilapan. Itulah gunanya otak, berfikir sebelum bertindak. Jangan terhantuk baru nak terngadah. Semua kesilapan kita jadikan panduan hidup. Pastinya, jangan cepat melatah dan jangan mudah naik berang. Mungkin sesetengah orang ni jenis bebal. Yelah, apa2 pun kesilapan yang dilakukan hendaklah memohon maaf seikhlas hati. Pihak KOSMO haruslah memikirkan jalan agar semuanya kembali normal. Kan? Tak gitteww? ;) Aku pun mohon maaf kalau ada terkasar bahasa dan menyinggung perasaan yang membaca. Salam.

1 comment:

Cik tikah said...

bila memang disanjung. bila kalah, dikutuk. aish!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...