Tuesday, December 6, 2011

Biar Beradab Jangan Biadap

Dalam kehidupan sehari-hari, dari kecil hingga dewasa, pasti kita telah diajar untuk beradab. Tak kiralah korang kat ceruk mana sekalipun. Adab sopan haruslah di jaga. So, dari adab tu, kita boleh nilai seseorang tu macam mana. Kerek ke, sopan ke, pemarah ke, sensitif ke dan ke, ke, ke yang lain.

Haa, haaa, tapi aku nak cakap berkaitan adab bermuka-muka bermukabuku atau apa segala jenis laman sosial yang korang aktif. Walaupun korang tak pernah bersua muka tapi still juga korang kena jaga adab. Betul?
Tudia, selagi ada social network, semua dia nk join :p
Haih, tapi sekarang ni memang susah nak ada manusia betul-betul beradab. Terus-terang, aku sendiri pun kurang adab. Heee :) *Nice, kau pun kurang adab, sibuk nak cerita pasal adab. Puiihh!*


Oh, baik. Kalau korang bermukabuku, pasti korang tau apa itu update status. Alalala, janganlah buat-buat tatau. Kehkehkeh. Tapikan, macam-macam gaya bahasa orang update status sampai ada satu masa, sebaris ayat dia taip, aku boleh langsung takpaham. Padahal kawan tu duduk Malaysia jugak. Lainlah kalau yang duduk German tu. Kikiki. Eh, tapi nak cakap pasal adab bukan gaya bahasa.

Huu, ni yang tempat update status tu. Manatau ada yang tatau.
Situasi 1: Pasangan hangat bercinta
"Owhh, widuww gilew kat my cayunnkk!! Bilew leh datim nimm?? <Tag nama> alaaa, ucuk, anjewww. Muuaacckkss <3" 
  •  Ok, terus terang, aku ambil masa nak paham ayat ni. HAHAHA! First, ni sekadar berkongsilah, kalau boleh jangan mempromosikan hubungan cinta kat pesbuk ni. Cukup sekadar korang mesej melalui fon gituw. Kan lebih private Jah oi. Orang yang kat pesbuk korang pun mesti rasa korang ni cool abes. Haa, cukup sekadar simpan sendiri-sendiri. Yelah, takut juga. Tayang aweks, boipren sana-sini, tapi we wouldn't know what will happen in future. Then, if putus? Jah, malu jugakkan? Fikir jugak family semua. Pasti dalam pesbuk korang ada saudara-mara, makcik, pakcik berbagaikan. So, itu gunanya kena ada privacy :)

Situasi 2: Marahkan seseorang atau tidak berpuas hati dengan seseorang
"Apa masalah kau? Suka hati akulah nak hupdate status apa pun! Ada kacau hidup kau ke??! Ada aku mintak duit kau! %^#*&! Demmyuhh!"
  • Ok, hadik, hakak, habang, aku tau kau tengah marah. Tapi jangan melempiaskan marah kau dekat status. Orang yang baca mesti rasa macam, "Kau ni dah kenapa?" Ce buat rileks sikit. Jangan kalut. Sebab manatau ada orang tua ka, yang dok kawan dengan korang, silap-silap dia ingat korang marah kat dia. Hahaha. Tak memasal. Aku bagi sedikit pendapatlah, kalau tengah marah macam mana sekalipun, please use proper words. Contoh:
"Saya update status ini langsung tidak menganggu mana-mana bil anda. Saya langsung tidak menambahkan bil elektrik anda mahupun bil internet ataupun bil Berokband anda. Harap maklum!" 
Kehkehkeh. Memang mengundang. Tapikan lebih cermat ayatnya. Taklah kau duk carut tang sini, carut tang sana. :p

Situasi 3: Bangga dengan dosa/kesalahan yang dilakukan.
"Semalam memang beshh la syiaall! Clubbing dengan <tag nama>, <tag nama>, <tag nama>. Awekss gila cun+seksi. Pekena jack daniel sebotol dua. Huhahuha!"<upload picture>
  • MasyaAllah.. Yang update tu pulak memang Islam. Tanjat gegurl! Yang tu terang-terang dosa. Ye, gegurl tau, gegurl pun banyak dosa. Tapi, bila dah tertayang begitu ayatnya, kan bangga. Siap boleh upload picture bebagai. Orang yang tengok tu pun mesti rasa "Kau tak malu ke?" Kan. Benda tak molek, janganlah kita gembar-gemburkan.

Tu antara contoh yang selalu berlaku dalam laman sosial. Hmm. Ni ada juga nasihat sikit. Kalau dalam kalangan kawan korang ada yang macam ni, jangan memanaskan keadaan ye. Jangan buat komen 'bikin panas je kau nih!' Kalau boleh:

1-Jangan menggunakan kata-kata kesat atau makian dan carutan. Kalau korang buat macam ni, maknanya korang takde beza dengan si pembuat status tu.

2- Elakkan membuka aib orang. Yelah, korang dok komen-komen, siuk sangat sampai tak menyedar yang korang sebenarnya dah mengaibkan kawan tu. Mana tau yang kawan tu pulak ada Stalker, kan kesian. Berdosa si tukang komen tu. :p

3-Gunakan ayat yang sopan. Jangan kau buat lucah kat ruang komen tu. Hmm. Nanti apa pula pandangan/persepsi orang terhadap kau. Jatuh martabat kan. Malu kena ada.

So, macam mana sekalipun diri kita, janganlah sesekali menjatuhkan air muka, martabat dan sahsiah diri. Kena ingat, kita hidup bukan atas dasar diri sendiri sahaja. Kita ada keluarga yang perlu di jaga! Hiasi peribadi, hiasi diri maka akan terlahirlah manusia bersahsiah tinggi. Salam :)

p/s: Gegurl don't understand why, yang lelaki nak jadi perempuan, yang perempuan nak jadi lelaki. Kemon la. Bersyukur! Gegurl ada juga rasa nak marah. Tapi gegurl cool :) Gegurl pula akan sentiasa bersyukur dengan apa yang gegurl ada. Alhamdulillah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...