Monday, December 26, 2011

Santa

25/12- Selamat Hari Natal kepada yang beragama Kristian. So, hari ni driver aku bercuti. Jadi pergi lepak. Malangnya, kami sepatutnya keluar awal tapi aku tak sampai hati nak kejut dia sebab dia kerja malam. So, bila petang tu dia bangun pukul 2. Dia terus gerak dari Banting-Shah alam. Agak lama juga aku rasa nak tunggu dia sampai. Mungkin jem. Haiyoo. Kata pun time cuti.

Then, secara kasarnya ayat aku, hari ini agak memenatkan. Sangat penat. Niat hati nak lepak di The Curve. Ye, memang lepak. Ramai sangat orang. Lepas tu, time nak balik, sesak boleh tahan juga. Time tulah kereta dia buat hal. Haaa, pengalaman ni memang best. Tiba-tiba kereta berasap. Tulah, dah kata jangan pasang aircond. Biar je bukak tingkap. Tp td terpaksa sebab salji turun dengan lebat. Kami yang agak gelabah tiba-tiba lega bila Santa Claus dtg membantu <--- Sumpah ini memang kisah dongeng!

Oh. Lepas semuanya okay, kami melepak-lepak di taman. Suddenly, ada 2guys edar pamphlet datang nak ambil gambar. Eh, tetiba je kau ni. Mana boleh. Haha. Bayar takpe juga. :p So, time lepak2, driver aku mengasah bakat. Boleh tahan juga gambar dia ambil. Layan.
Beliau sengaja nak tunjuk selipar mahal XD
Sorry to say, mcm taik cicak. Eh, beliau saja nk tnjk jam mahal.
Thanks driver. Gua rasa pic ni ada sentimental value. *sila muntah*
p/s: Seronok sebab banyak pengalaman baru. Heeeee. Especially berkaitan kereta rosak. HAHAHA. Hentamlah labu. Now, badan penat T_T Salam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...