Sunday, April 22, 2012

Tercipta untukku

Tiga hari? Masih 'merehatkan' minda dan badan di rumah. Goyang jari, tangan, kaki. Walaupun meja, dinding penuh dengan nota/ notis. Tetap juga pejam mata. Buat tak nampak semua padahal hari-hari menghadap tapi baca sepintas lalu. Kemalasan tetap melanda. Salah siapa?

"Salah aku? Bukan. Mungkin salah keadaan. Mungkin salah persekitaran yang tidak mendorong kerajinan mara!"

Biasalah manusia, sudah terang lagi bersuluh salah aku yang punya sikap malas tapi tetap juga salahkan perkara lain. Tidak mahu mengaku. Bilik selesa, laptop ada, internet laju, buku lengkap, alat tulis terlebih banyak, tapi apa lagi? Bahkan, semua sayang aku, bagi apa aku nak. Masih juga tak sedar diri. Ya Allah. Tabah izyan. Mohon tabah.

List panjang menunggu kau untuk di selesaikan. Lihat, lihat. Meja besar pun ada! Hmmm...

Harap saja ada meja penuh buku. Nak belajar? Harapan -__-'
List saja panjang berjela tapi nak settlekan? Malas.
p/s: Kalau masa cuti, kemalasan aku boleh melebihi batasan. Nasib baik masa tak cuti, peratusan malas aku turun. Haih, inilah dia. Kena motivasi diri ni.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...