Saturday, April 21, 2012

Tiada Hasil

Sudah dua hari cuti. Assignment masih tidak punya hasil apa-apa. Mungkin aku patut ambil kertas dan printer serta laptop untuk di jadikan bantal. Tidur bersama. Baru ada hasil.

Bukan tak mahu buat. Secara terus-terang, aku tiada idea untuk memanipulasi membina ayat. Ah, niat hati malas mahu buat. Bila fikir semula, takkan nak dapat telur ayam, dapat A-yam kan lagi sedap.

Kalaulah kamu yang membaca faham apa yang cuba aku sampaikan, aku akan kagum dengan kamu. Daripada aku menaip di sini, kan lebih elok memenatkan jari menaip di 'Microsoft Word versi 2007'

Apa-apa pun, aku hanya mahu katakan, aku tetap Okay. Masih padu pada Rohani dan Jasmani! Aku akan terus berjuang habis-habisan sehingga tiada kertas dijual lagi di kedai buku berhampiran aku.


p/s: Berdoa agar ada keajaiban berlaku pabila bangun pagi sudah ada yang siapkan assignment aku. Melampau bukan?


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...